Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta...
Saya ialah seorang lelaki yang sedang betul-betul kecewa sekarang ini  kerana cinta, bayangkan, saya sanggup buat apa saja untuk memiliki hati  dia, hinggakan sanggup lupakan kepentingan diri dan buang semua ego  saya untuk cuba selamatkan hubungan saya dan dia, tapi at last ini  balasan yang saya dapat... Dia tinggalkan saya untuk lelaki lain yang  lebih berharta... Tapi tak mengapa, mungkin ini adalah ujian atau rahmat  daripada tuhan untuk saya...
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang  wajib ada dalam bercinta... Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni,  janganlah bercinta... Sebab kita akan kecewa akhirnya... Dan yang paling  penting ialah "SETIA" pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan  untuk tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh...
Dalam hubungan yang kurang mesra, saya yakin kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan hubungan yang lebih mesra.
Jadi untuk pasangan yang sedang hangat bercinta... Nasihat saya,  setialah pada yang satu... Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu  perkara yang benar-benar menyeksakan... Janganlah bercinta andainya kita  tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yang  ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan.
berpisah <26/may/2011>
berpisah <26/may/2011>

 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar