Kita berkenalan secara rasmi dalam satu majlis. Itu pun sebab kawan-kawan yang kenalkan kita. Hakikat yang sebenarnya sebelum itu lagi, kita dah kenal tapi masing-masing jual mahal. Sehingga 2007, kita berkenalan dengan secara rasmi. Pada awalnya kita berkenalan atas niat untuk menjadi partner dalam majlis sahaja. Tapi tak sangka majlis tu sebenarnya merapatkan hubungan kita.
Masa tu, awak malu-malu dengan saya sebab awak tak pernah ada kawan  perempuan. Saya kawan perempuan yang pertama rapat dengan awak. Saya  buat macam biasa saja sebab saya tak nak tambah malu awak. Padahal saya  malu sangat dengan awak. Petang sebelum majlis kita habiskan masa berdua  kenal sesama kita. Rasa selesa tu timbul tiba-tiba. Malam majlis awak  tiba-tiba berubah. Awak marah-marah tapi saya tak tahu kenapa puncanya.  Rupa-rupanya awak marah pasal kerja. Awak tak pura-pura, awak tunjukkan  perangai awak yang sebenar. Saya kagum dengan awak sebab awak tak tipu  saya dengan perangai awak. Terima kasih awak sebab 2007 telah  menjalinkan hubungan antara kita.
2008Masalah. Keluarga saya tak boleh  terima awak disebabkan pekerjaan awak. Kecewanya saya. Saya bahagia bila  bersama dengan awak. Pada mulanya saya pun tak boleh terima pekerjaan  awak tapi saya belajar dan kenal perkerjaan awak. Keluarga awak boleh  terima saya dengan baik sekali. Saya terharu dengan penerimaan keluarga  awak. Saya sedih dengan penerimaan keluarga kat awak. Saya fikir kita  patut berpisah sampai 2008 sahaja. Saya tak sanggup tengok dan dengar  awak kena marah teruk dengan keluarga saya. Kita keluar pun kena  curi-curi. Saya mengalah yang kita patut berpisah. TAPI awak tak nak  mengalah. Awak terima dan dengar semua kemarahan keluarga saya. Awak  cakap kita kena sabar. Kita tempuh dugaan tu sama-sama walaupun perit.  Saya kagum dengan awak. Saya kuat sebab awak. Terima kasih awak sebab  menjadi penguat saya.
2009Alhamdulillah, atas kesabaran kita,  keluarga saya boleh terima awak. Keluarga saya dah boleh terima awak dan  pekerjaan awak. Malah, keluarga saya juga dah mula menyayangi awak.  Alhamdulillah, keluarga telah restu hubungan kita. Semua orang  sekeliling kita telah merestui hubungan kita walaupun kita selalu  berjauhan. Atas dasar percaya, jujur dan setia, kita tetap bersama  walaupun berjauhan. Terima kasih awak sebab sentiasa bersama saya.
Awak dah ada ramai kawan perempuan. 2007 dan 2008 cuma ada saya TAPI  2009??? Tak apalah, apa salahnya berkawan. Saya pun ada kawan lelaki.  TAPI awak mula lupakan saya. Kadang-kadang saja awak ingat kat saya. Tak  apalah mungkin dia sibuk kerja, saya kena faham. Kenapa saya call,  jarang angkat? Bila awak angkat, nanti awak cakap awak akan call balik  tapi tak ada pun. Bila saya SMS pun, awak balas sikit je. Kenapa ni?  Alhamdulillah, saya nampak gambar awak berpeluk dengan dia. Saya sedih.  Awak minta maaf kat saya dan janji tak buat lagi. Saya maafkan awak dan  pegang janji awak. Awak berubah. Terima kasih awak atas pahit manis  2009.
2010
Kawan perempuan awak semakin ramai. Masing-masing call dan SMS awak tak kira masa tu ada saya atau tak. Saya terasa tapi saya diam. Saya sedih tapi simpan. Tak apalah, kawan saja pun. Saya positifkan diri walaupun hati saya sedih. Kalau kawan, kenapa tak berhenti SMS? Dengan saya, awak jarang balas, jarang call. Tak apalah saya selalu fikir awak sibuk.
Kawan perempuan awak semakin ramai. Masing-masing call dan SMS awak tak kira masa tu ada saya atau tak. Saya terasa tapi saya diam. Saya sedih tapi simpan. Tak apalah, kawan saja pun. Saya positifkan diri walaupun hati saya sedih. Kalau kawan, kenapa tak berhenti SMS? Dengan saya, awak jarang balas, jarang call. Tak apalah saya selalu fikir awak sibuk.
TAPI, janji tinggal janji. Semalam saya nampak SMS awak dengan dia.  Panggilan "manja" yang awak panggil saya, awak panggil dia "manja" juga.  Ya Allah, apa salah saya?. TAPI hakikatnya hati dan perasaan saya dah  tak ada rasa apa-apa lagi. Hati saya dah kosong. Saya selalu nampak SMS  macam tu tapi saya butakan hati saya. Cuma kali ini, mungkin hati saya  dah penat. Tapi saya masih mengharapkan hubungan kita berpanjangan sebab  keluarga kita dah mengharap pada kita. Keluarga dah merancang untuk  kita tahun depan.
Awak, dari 2007 sehingga 2010, saya still nak ucapkan Terima Kasih  pada awak. Saya doa agar awak berubah dan moga pada hari itu,hati dan  perasaan saya masih lagi dengan awak.

 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar